ALL ABOUT BORNEO
Kota Kinabalu merupakan ibu negeri bagi negeri Sabah. Sandakan
pula adalah bandar kedua terbesar di Sabah. Sandakan lebih dikenali sebagai
bandaraya alam semulajadi (correct me if I’m wrong). Jarak di antara Sandakan ke Kota Kinabalu adalah lebih kurang 300km++(kalau tidak silap). Perlu diingatkan,
sepanjang perjalanan dari Sandakan ke Kota Kinabalu, jalan agak berbukit (mendaki) dan tidak lurus serta hanya ada
beberapa lorong memotong. Pemandu yang pertama kali melalui jalan ini perlu
perlu berhati-hati dalam perjalanan. Dari Sandakan, kita akan memandu selama
lebih kurang sejam sebelum tiba ke bandar checkpoint atau batu32, Sandakan. Apa
yang ada di Sandakan?
Bandar Sandakan terletak di tepi laut. Sandakan mempunyai
satu shopping mall iaitu Harbor Mall betul-betul di tepi laut yang baru beroperasi beberapa tahun ini dan masih ada lagi lot kedai yang belum dibuka sepenuhnya kepada pengunjung. Sandakan juga
terkenal dengan seafoodnya. Pasar basah Sandakan, bersebelahan Harbour Mall
menawarkan pilihan hidupan laut yang segar serta bekalan sayuran dan buahan dengan harga yang murah. Terdapat banyak
lampu isyarat di Sandakan, lebih daripada sepuluh perhentian lampu isyarat.terdapat
di Sandakan.
Bagaimana untuk jalan-jalan sekitar Sandakan? Setibanya di
lapangan terbang Sandakan, perkhidmatan kereta sewa ada disediakan mengikut
hari. Teksi juga banyak. Perhentian bas di Sandakan terdapat di hadapan tembok
(berdekatan NAVY) , dan juga di hadapan bangunan Gentingmas Mall. Setiap bas dan
van akan menuju ke destinasi yang berbeza mengikut jam yang telah ditetapkan. Tempat-tempat
di Sandakan lebih senang dirujuk dengan nama batu, misalnya batu7. Pemandu bas
di Sandakan adalah sangat mesra. Cakap sahaja destinasi anda batu berapa,
pemandu bas akan bersedia untuk membawa anda dan menunjukkan anda bas yang
betul untuk dinaiki. pastikan anda tidak kekok untuk bertanya.
Dari batu 16 masuk menuju ke Sandakan, jalanraya berada
dalam keadaan sangat bagus 4 lorong. Dua lorong kiri dan dua lorong kanan. Batu16
juga lebih dikenali sebagai Gum-Gum. Tamu gum gum adalah pada setiap hujung
minggu (kalau tidak silap) yang menawarkan sayur dan ikan segar pada harga yang
murah. Untuk sampai ke sini, bolehlah menaiki bas tagging batu16/gum-gum dan ke
atas.
Sepilok merupakan salah satu tarikan utama yang terdapat di Sandakan.
Sepilok Sandakan terletak di batu 14. Sepilok merupakan kawasan yang
menempatkan orang utan dan beruang. Sepilok juga menyediakan penginapan berkonsepkan
rimba kepada pengunjungnya. Untuk sampai ke sini, pengunjung bolehlah menaiki
bas tagging sepilok/batu14.
No comments:
Post a Comment