Monday, 30 January 2017

Gate Utama Politeknik Sandakan.

ini adalah pintu masuk utama Politeknik Sandakan.
BANDAR LETAT, SANDAKAN

Di sini terletaknya terminal bas Sandakan (sementara) berdekatan bangunan kedai Hardware. Terminal bas Sandakan menawarkan perkhidmatan bas dengan anggaran harga  ke Kota Kinabalu (RM45), Tawau (RM45), Semporna (RM45), Lahad Datu (RM30), dan Keningau (RM65).  Syarikat pengangkutan utama yang biasa dilihat di kawasan ini adalah seperti SIDA dan TUNGMA. Kebanyakan bas menyediakan tandas didalam bagi kemudahan penumpang. Perhentian kereta sewa seluruh Sabah (Sandakan) juga terletak di sini untuk kemudahan cater. Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, pengunjung perlulah menempah tiket lebih awal. Membeli tiket on the spot juga boleh namun pilihan tempat duduk adalah terhad. Perhentian bas SIDA ke Kota Kinabalu ialah di restoran View di Ranau manakala bas TUNGMA ke Kota Kinabalu ialah berdekatan Telupid.

Bagi penggemar kayu jati pula, di sini juga terdapatnya kedai Seri Jati yang menjual perabot kayu jati. Kedai ini terletak tidak jauh daripada pusat Giatmara Letat. Pada hujung tahun yang lalu dan pada setiap jenis perayaan (dimaklumkan oleh pekerja di sana), kedai ini menawarkan harga yang sangat murah sehingga 50% lebih murah daripada harga asal. Kedai ini juga menawarkan ansuran bayaran sebanyak dua atau tiga kali bergantung kepada harga item yang dibeli. Penghantaran secara percuma ke rumah juga disediakan.

yang ini saya punya dapat separuh harga. hehehe
ALL ABOUT BORNEO

Kota Kinabalu merupakan ibu negeri bagi negeri Sabah. Sandakan pula adalah bandar kedua terbesar di Sabah. Sandakan lebih dikenali sebagai bandaraya alam semulajadi (correct me if I’m wrong). Jarak di antara Sandakan ke Kota Kinabalu adalah lebih kurang 300km++(kalau tidak silap). Perlu diingatkan, sepanjang  perjalanan dari Sandakan ke Kota Kinabalu, jalan agak berbukit (mendaki) dan tidak lurus serta hanya ada beberapa lorong memotong. Pemandu yang pertama kali melalui jalan ini perlu perlu berhati-hati dalam perjalanan. Dari Sandakan, kita akan memandu selama lebih kurang sejam sebelum tiba ke bandar checkpoint atau batu32, Sandakan. Apa yang ada di Sandakan?

Bandar Sandakan terletak di tepi laut. Sandakan mempunyai satu shopping mall iaitu Harbor Mall betul-betul di tepi laut yang baru beroperasi beberapa tahun ini dan masih ada lagi lot kedai yang belum dibuka sepenuhnya kepada pengunjung. Sandakan juga terkenal dengan seafoodnya. Pasar basah Sandakan, bersebelahan Harbour Mall menawarkan pilihan hidupan laut yang segar serta bekalan sayuran dan buahan dengan harga yang murah. Terdapat banyak lampu isyarat di Sandakan, lebih daripada sepuluh perhentian lampu isyarat.terdapat di Sandakan.

Bagaimana untuk jalan-jalan sekitar Sandakan? Setibanya di lapangan terbang Sandakan, perkhidmatan kereta sewa ada disediakan mengikut hari. Teksi juga banyak. Perhentian bas di Sandakan terdapat di hadapan tembok (berdekatan NAVY) , dan juga di hadapan bangunan Gentingmas Mall. Setiap bas dan van akan menuju ke destinasi yang berbeza mengikut jam yang telah ditetapkan. Tempat-tempat di Sandakan lebih senang dirujuk dengan nama batu, misalnya batu7. Pemandu bas di Sandakan adalah sangat mesra. Cakap sahaja destinasi anda batu berapa, pemandu bas akan bersedia untuk membawa anda dan menunjukkan anda bas yang betul untuk dinaiki. pastikan anda tidak kekok untuk bertanya. 

Dari batu 16 masuk menuju ke Sandakan, jalanraya berada dalam keadaan sangat bagus 4 lorong. Dua lorong kiri dan dua lorong kanan. Batu16 juga lebih dikenali sebagai Gum-Gum. Tamu gum gum adalah pada setiap hujung minggu (kalau tidak silap) yang menawarkan sayur dan ikan segar pada harga yang murah. Untuk sampai ke sini, bolehlah menaiki bas tagging batu16/gum-gum dan ke atas.


Sepilok merupakan salah satu tarikan utama yang terdapat di Sandakan. Sepilok Sandakan terletak di batu 14. Sepilok merupakan kawasan yang menempatkan orang utan dan beruang. Sepilok juga menyediakan penginapan berkonsepkan rimba kepada pengunjungnya. Untuk sampai ke sini, pengunjung bolehlah menaiki bas tagging sepilok/batu14.